Wednesday 24 August 2011

FIKIR FIKIRKAN

Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya.
Cikgu : RINDU ? 
Rindu : Hadir Cikgu 
Cikgu : Benci ? 
Benci : Saya ! 
Cikgu : KASIH ? 
Murid2 : Tak Hadir Cikgu Cikgu : 
SAYANG ? Murid2 : Sakit Cikgu Cikgu : 
CINTA ? CINTA mana ? 
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu 
Cikgu : Kenapa ? 
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG. cinta hadir dgn adanya rasa kasih dan sayang...:)

Tuesday 23 August 2011

TAHNIAH DAN SYABAS-PUTERA PUTERI KU

Assalamualaikum wbt,Salam 1 Malaysia dan Salam Sri Kiambang.

Saya merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua putera puteri SK Sri Kiambang kerana telah mengkasturikan sekolah ini dengan pencapaian yang amat cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR 2011 yang telah dijalankan pada  14 hingga 16 Ogos 2011.

Sesungguh nya sekolah merasa amat bangga dengan usaha putera puteri sri kiambang dan berharap agar momentum kejayaan ini dapat dilakar sekali lagi dalam UPSR yang sebenar nanti.Insyaallah sasaran kita,85 orang pelajar yang mendapat  5A akan dapat direalisasikan dan menjadi kenyataan.

“ SRI KIAMBANG BOLEH, 5A YAKIN BOLEH “

Salam Hormat,
Tn Hj Hassan bin Awang
Guru Besar SK Sri Kiambang,
Pasir Mas.



Sunday 21 August 2011

JADUAL UPSR 2011

HARI
TARIKH
MASA MATA PELAJARAN
SELASA
13 Sept 2011
   08:15 – 09:05 pagi    Bahasa Melayu Pemahaman
   09:45 – 11:00 pagi    Bahasa Melayu Penulisan
   11:45 – 12:25 tengah hari    Mathematics Kertas 2
RABU
14 Sept 2011
   08:15 – 09:15 pagi    Mathematics Kertas 1




KHAMIS
15 Sept 2011
   08:15 – 09:30 pagi    Science
   10:15 – 11:05 pagi    Bahasa Inggeris Kertas 1
   11:45 – 01:00 petang    Bahasa Inggeris Kertas 2
   02:30- 04:00 petang    Ujian Aptitud Tahun Enam

Masa yang ada memang sudah suntuk tetapi adik-adik yang akan menduduki ujian nanti tidak perlu panik. Teruskan mentelaah dan mengulangkaji pelajaran dan menumpukan sepenuh perhatian. Sebarang kelas tambahan dan perjumpaan yang diadakan perlu diikuti, jangan cuba-cuba nak ponteng. :D Ingat kepada keputusan 5A UPSR yang dicita-citakan selama ini.

anak muda pergi belayar
tinggal ibu tinggalkan bapa
belajar kita terus belajar
solat dan doa usah dilupa

Saturday 20 August 2011

TIPS MENGHADAPI UPSR

SEBELUM PEPERIKSAAN

1.Kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

2.Mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada
dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

3.Menjaga kesihatan diri.Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

4.Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. 

5.Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

1.Pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

2.Tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.


HARI PEPERIKSAAN.

1.Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

2.Bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

DI DEWAN PEPERIKSAAN

Insyaallah.Yakin Boleh! 5A Dalam Gengaman.
1.Duduk dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

KETIKA MENJAWAB SOALAN.

1.Baca sepintas lalu soalan-soalan terlebih dahulu. 
Luangkan untuk membaca soalan secara mendalam.Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

2.Mulakan dengan Bismillah.
3.Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.

4.Luangkan waktu anda untuk memeriksa jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

4.Berdoa dan bertawakal

SELEPAS PEPERIKSAAN.

1.Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya.